Rabu, 20 April 2011

TIPS AWET MUDA CARA LAMA

Tok Pah awet muda. Itulah gelaran orang kampung untuk nenek saudara saya. Manakan tidak, wanita sebayanya sudah dimamah usia sedangkan Tok Pah nampak 20 tahun lebih muda dari usia. Ramai juga yang geleng kepala. Ada yang kata Tok Pah tipu umurnya, mana boleh tipu, dalam IC kan ada tarikh lahir. Paling ramai yang mengatakan Tok Pah 'membela'.Eh! minta simpang. Takkanlah Tok Pah nak buat macam tu. Atas sebab-sebab itulah saya beranikan diri tanya sendiri pada Tok Pah. Jawapan Tok Pah senang dan mudah saja. Tak ada sangkut paut dengan belaan. Tok Pah ni tak kedekut ilmu, diceritakan macam-macam petua kepada saya. Antaranya, cara-cara amalan untuk awet muda. Tak perlu keluar belanja pun, cuma amalkan saja.

Amalannya ialah :

1.  Bangun pagi sebelum azan subuh berkumandang. Lakukan sedikit senaman ringan. Kata orang betulkan urat.

2.  Selepas senaman ringan, minum air suam satu gelas. Tuangkan sedikit air ke telapak tangan kanan, sapukan ke muka dari atas ke bawah sambil berselawat sebanyak 3 kali.

3.  Mandi,  mulai dibahagian kaki dahulu. Siram kaki sebanyak 3 kali, barulah siram kebahagian lain.
Siraman dibahagian dada hendaklah dimulai di sebelah kanan.

4.   Selesai mandi, kain basahan hendaklah digosok-gosok di bahagian bawah ketiak dan dibelakang badan.

5.   Apabila makan, jangan di sulami dengan air. Selesai makan, barulah minum air. Air pula, biasakan minum air suam, bukannya air ais.

6.  Berhenti makan sebelum kenyang.

7.  Sebelum tidur, minum segelas air suam. Jangan makan 1 atau 2 jam sebelum tidur. Makan malam hendaklah diawalkan sebelum masuk waktu Isyak.

8. Jangan tidur lewat malam dan jangan dedahkan badan pada angin malam. Tidur dengan bantal yang ditinggikan sedikit.

Begitulah antara petua awet muda yang diperturunkan Tok Pah. Kena selalu amalkan barulah nampak hasilnya. Manfaatnya adalah untuk jangkamasa panjang. Tengok kepada Tok Pah memanglah nampak hasilnya. Taklah susah sangat nak ikut. Cubalah.

Read more...

Ahad, 17 April 2011

CANTIK DAN LANGSING DENGAN CARA MUDAH DAN MURAH

     " Makan ulam-ulam tu, jangan tengok saja, badan sihat hati pun senang ", kata Tok Pah. Namun begitu, saya hanya mampu melihat saja Tok Pah menikmati ulam pucuk kaduk dan bunga betik bersama sambal belacan. Berselera sungguh dia makan tengahari tu. Mana mungkin pucuk kaduk yang pahitnya macam hempedu itu nak diterima tekak saya. Tapi naluri saya tidak dapat menafikan , Tok Pah yang sudah berusia 70-an itu masih anggun dan cergas.

       " Tadi hang beriya-iya sangat nak tau apa rahsia tok, ni la rahsianya", getus Tok Pah apabila melihat saya masih lagi tidak menjamah hidangan tersebut. Terkebil-kebil saya dibuatnya, memang la nak tahu rahsia tapi bukan makan benda pahit macam tu. Ingatkan ada senaman rahsia ka, takkan makan ulam saja. Untuk tidak mengecilkan hati Tok Pah saya pun menjamah sedikit ulam bunga betik, rasanya mak oiiii, pahitttttttt! Rasa macam nak terkeluar semula dari tekak tapi terpaksa telan juga. Cepat-cepat saya capai gelas air. Tok Pah ketawa mengekek-ngekek.

        " Tu la hampa orang la ni, kerja nak perabih duit saja, krim ni la, krim tu la, sapu dimuka siang malam, nak bagi segak, orang dulu-dulu tak payah pun buat macam tu, cantik juga,"leter Tok Pah. Betul juga kata Tok Pah, sekarang ni berlambak-lambak produk kecantikan ada dijual dipasaran. Iklan pun berlambak-lambak dalam majalah. Tapi keberkesanannya belum pasti, silap-silap tak sanggup keluar rumah. Duit dah habis, muka tak cantik-cantik pun, badan tak langsing pun. Macam mana ni.

          Tok Pah ni saudara jauh dengan saya, tapi selalu juga menziarahi dia. Dari zaman kecil sampai sekarang ni saya memang kagum dengan Tok Pah. Badannya yang tinggi lampai masih langsing macam dulu, kulitnya masih tegang ,licin dan gebu. Pergerakannya masih cergas dan lincah. Bila dilihat dikepalanya, amboi! rambutnya masih hitam. Hairan saya dibuatnya. Kadang-kadang ada juga terdengar cerita kurang enak tentang kecantikan Tok Pah tapi Tok Pah bersungguh-sungguh menafikannya. " Sebagai orang Islam Tok Pah tau dosa pahala,jangan sekali-kali bersahabat dengan setan, rugi selamanya," jawab Tok Pah bila diajukan soalan sensitif tu.

          Lama juga berceloteh dengan Tok Pah hari tu, tak lepaskan peluang, saya pun tulis saja petua-petua yang diperturunkan oleh Tok Pah. Kata Tok Pah , jangan pandang remeh pada ulam, kita adalah apa yang kita makan. Banyak betul pesanan dan petua dari Tok Pah. Patutlah Tok Pah masih mengancam, tak ada penyakit berat walau dah lebih setengah abad.

           Rupa-rupanya Tok Pah makan ulam setiap hari.Dah ketagih katanya. Tak ada ulam tak lengkap hidangan. Jadi kalau nak cantik dan langsing tanpa keluarkan banyak belanja makanlah ulam-ulaman. Untuk petua-petua lain pula saya akan ceritakan dalam catatan seterusnya. Jangan lupa ikuti blog ini.

Read more...
Dikuasakan oleh Blogger.

Lorem

  © Blogger template Coozie by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP